Jumaat, 28 Ogos 2015

TINTA HAWARIYYUN HARAKIAH

Hati manusia memang penuh dengan pertanyaan dan seribu persoalan.Kadang-kadang kita akan mudah mempersoalkan ketentuan yang ditetapkan apabila dirasakan tidak selari dengan dengan kehendak peribadi
Duhai hati, bersabarlah dengan apa yang kita tempuhi.In shaa Allah penghujungnya pasti ada hikmah yang besar menanti.
Duhai jiwa, tabahlah dalam mengharungi segala liku dalam perjalanan yang penuh misteri ini.Segala yang berlaku itu hakikatnya rahsia Illahi
Sabarlah jika kita belum berjumpa hikmahnya kerana yakinlah Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.Cuba latih diri menjadi Saad Abi Waqas yang menggelarkan dirinya seperti anak panah Islam. Lontarlah dimana-mana akan tetap berjuang untuk Islam
Jadilah kita seperti Khalid Al-Walid, dipecat atau dibuang jawatan tetap hebat di medan juang.
Kerana cita-cita mereka hanya menuju redha Illahi bukanlah redha manusia yang dicari
Ini adalah kata-kata yang dibaca setiap kali lemah, risau ,takut... terima kasih kak Nur Izzati ROsdi kerana menukilkan kata-kata ini untukku. Namun bergantunglah kamu kepada Allah. DIa yang memberi masalah dan Dia juga yang menyelesaikan masalah tersebut..
TRUST HIM, INNAALLAHA MAANA

PERPISAHAN ITU PERIT

Perpisahan itu memang peritkan? Terima kasih madam untuk segala ilmu yang telah diajarkan.Saya cuba pujuk diri saya agar menahan air mata ini daripada jatuh. Tapi saya tak mampu.. Madam banyak mengajar saya bukan saja fizik namun ilmu-ilmu lain juga banyak saya belajar daripada Madam. Macammana bila kita jatuh, kita perlu bangkit balik daripada kejatuhan. kelmarin, air mata ini jatuh lagi. Saya tak mampu, saya sayang Madam. Mungkin ini yang terbaik,untuk madam, untuk saya dan semua pelajar USIM. Saya doakan Madam akan sentiasa cemerlang di mana sahaja Madam berada.Terima kasih kerana sudi mengajar kami semua pelajar Tamhidians 2015/2016. Halalkan semua ilmu yang kami dapat daripada Madam. Ya Allah, aku sayang Madam, jagakan madam dan keluarganya di mana sahaja mereka berada. Rahmatilah kami semua. Ameen... SALAM PERPISAHAN: MADU LEBAH TTS02 TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI 2015/2016

Ahad, 3 Mei 2015

HADITH AL-IFK (BERITA DUSTA)

                                Image result for POTONGAN SURAH AL AHZAB AYAT 58    



Orang-orang yang menyakiti para mu'min lelaki dan perempuan(dengan membuat fitnah)padahal mereka(orang-orang yang beriman tersebut)tidak berdosa maka sesungguhnya pembawa fitnah tersebut telah memikil pendustaan dan dosa yang nyata.

                                                                                                      (surah Al-Ahzab: ayat 58)

Fitnah membawa pelbagai keburukan yang membuatkan sesorang boleh hilang pertimbangan dalam menyelesaikan fitnah yang menimpa dirinya. berhati-hatilah dalam berbicara, takut -takut dalam percakapan kita ada unsur-unsur fitnah tanpa kita sedari.

      Allah,Allah,Allah...
Bila fitnah berleluasa masyakat hilang pertimbangan, bila fitnah berleluasa sahabat-sahabat saling bermusuhan....besarnya mudharat fitnah ini. Ingat firman Allah yang telah tertera di atas.. semoga kita sama- sama memperbaiki segala perbuatan kita.

Ana teringat kisah Hadith al- ifk yang menimpa Saidatina Aisyah, ummul mukminin sendiri di fitnah, banyak ibrah yang boleh dilihat supaya kita menjauhi sikap suka menabur fitnah..

Allah..
ampunkan kami andai ada diantara kami yang suka menabur fitnah, suka membuka aib yang lain..
Allah kami bertaubat kepadaMu..  

Ahad, 12 April 2015

BERUNTUNG DIPILIH MENJADI SEORANG YANG ASING.


                                بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih MuslimKitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni MajahKitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))

Teruja mendengar tentang hadis diatas daripada seorang sahabiah saya. Bulatan gembira kelmarin sangat berlainan kerana di buat di tepi pantai. Balik sahaja daripada pantai masih tengiang-giang pesanan naqib dan naqibah saya. Masih juga tengiang-giang terjermahan mudah oleh naqib sayaa tentang hadis diatas.

" Islam itu rare,kembali juga dalam keadaan rare, dan beruntunglah orang-orang yang rare."

Rasa sungguh teruja kerana hadis ini betul-betul rasa dekat dengan diri saya. Bukan mudah membawa dakwah Islam,Imej islam, menyebabkan kita terasa terasing dengan dunia sendiri. Sahabiah saya ini bercerita tentang kehidupan luar terutamanya alam kampus. Bila kita sudah selesa dalam suasana islam, rasa pelik bila masuk ke alam baru. Moga-moga kami yang akan menempuh alam universiti tidak lama lagi akan tabah menghadapi fitnah dunia yang indah dipandang mata.
          
        Orang yang bawa islam mesti mempunyai jiwa yang kuat. Biarpun kita terasing, namun kita tidak berseorangan. Mungkin kita rasa berseorangan tapi ingatlah masih ramai yang berdiri di atas jalan yang sama.
Beruntunglah kita menjadi asing. Bahagia dan tenang bila bersama-sama rasa terasing di pantai kelmarin. 
Bangga kerana dapat bawa imej Islam, biar pun rasa terasing namun saya yakin islam yang akan kembali dalam keadaan yang terasing. BERUNTUNGLAH DI PILIH MENJADI ORANG YANG ASING.
WAHUAWAJTABAKUM!!!