Jumaat, 28 Ogos 2015

TINTA HAWARIYYUN HARAKIAH

Hati manusia memang penuh dengan pertanyaan dan seribu persoalan.Kadang-kadang kita akan mudah mempersoalkan ketentuan yang ditetapkan apabila dirasakan tidak selari dengan dengan kehendak peribadi
Duhai hati, bersabarlah dengan apa yang kita tempuhi.In shaa Allah penghujungnya pasti ada hikmah yang besar menanti.
Duhai jiwa, tabahlah dalam mengharungi segala liku dalam perjalanan yang penuh misteri ini.Segala yang berlaku itu hakikatnya rahsia Illahi
Sabarlah jika kita belum berjumpa hikmahnya kerana yakinlah Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.Cuba latih diri menjadi Saad Abi Waqas yang menggelarkan dirinya seperti anak panah Islam. Lontarlah dimana-mana akan tetap berjuang untuk Islam
Jadilah kita seperti Khalid Al-Walid, dipecat atau dibuang jawatan tetap hebat di medan juang.
Kerana cita-cita mereka hanya menuju redha Illahi bukanlah redha manusia yang dicari
Ini adalah kata-kata yang dibaca setiap kali lemah, risau ,takut... terima kasih kak Nur Izzati ROsdi kerana menukilkan kata-kata ini untukku. Namun bergantunglah kamu kepada Allah. DIa yang memberi masalah dan Dia juga yang menyelesaikan masalah tersebut..
TRUST HIM, INNAALLAHA MAANA

PERPISAHAN ITU PERIT

Perpisahan itu memang peritkan? Terima kasih madam untuk segala ilmu yang telah diajarkan.Saya cuba pujuk diri saya agar menahan air mata ini daripada jatuh. Tapi saya tak mampu.. Madam banyak mengajar saya bukan saja fizik namun ilmu-ilmu lain juga banyak saya belajar daripada Madam. Macammana bila kita jatuh, kita perlu bangkit balik daripada kejatuhan. kelmarin, air mata ini jatuh lagi. Saya tak mampu, saya sayang Madam. Mungkin ini yang terbaik,untuk madam, untuk saya dan semua pelajar USIM. Saya doakan Madam akan sentiasa cemerlang di mana sahaja Madam berada.Terima kasih kerana sudi mengajar kami semua pelajar Tamhidians 2015/2016. Halalkan semua ilmu yang kami dapat daripada Madam. Ya Allah, aku sayang Madam, jagakan madam dan keluarganya di mana sahaja mereka berada. Rahmatilah kami semua. Ameen... SALAM PERPISAHAN: MADU LEBAH TTS02 TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI 2015/2016